5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru

5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru - Hallo sahabat PORTAL ISLAM 24 JAM, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru
link : 5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru

Baca juga


5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru

lima tempat di beberapa buah negara ini merupakan idaman kebanyakan pasangan sebagai tempat berbulan madu kerana menawarkan panorama yang mengasyikkan serta lengkap dengan fasiliti mewah.

Maldives




Imej dari constancehotels.com

Di negara ini, percutian bulan madu anda akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan dan sangat sempurna kerana keindahan alam semula jadi yang pasti memukau mata anda serta buatkan anda lupa kerja-kerja di pejabat. Hotel-hotel mewah di sini kebanyakannya menghadap ke arah pantai dan terdapat hamparan pasir putih yang mengasyikkan. Anda boleh meluangkan masa bersama pasangan di pantai yang indah sambil menyaksikan pemandangan-pemandangan cantik di sekelilingnya.



Bora-bora




Setiap tahun Bora-Bora dikunjungi oleh sekitar seratus ribu pelancong dari serata dunia. Pemandangan disini didominasi oleh pantai berpasir putih yang dikelilingi oleh lagun yang berwarna biru kehijauan. Setiap pasangan akan dimanjakan dengan air laut yang berwarna biru jernih dan dapat melihat terumbu karang yang sangat cantik dan indah. Bagi penggemar sukan "surfing", jangan risau kerana ombak di sini memang akan menjadi "sahabat" baik anda.

Greek Cyclades







Di pulau ini anda akan menikmati pemandangan bangunan-bangunan putih dan biru. Ianya dihiasi dengan kubah klasik ditambah lagi dengan pemandangan laut yang cantik. Di sepanjang jalan Greek Cyclades terdapat banyak restoran, kedai-kedai dan galeri lama yang boleh anda kunjungi bersama pasangan.

Kepulauan Fiji







Fiji adalah sebuah negara pulau. Fiji memiliki 322 pulau, 106 di antaranya adalah berpenghuni. Selain itu ada pula 522 pulau kecil. Pulau kedua terbesar adalah Viti Levu danVanua Levu yang mana penghuninya meliputi 82% dari keseluruhan penduduk negara ini. Ibu kota Fiji, Suva, terletak di pulau ini. Di Fiji banyak imigran yang berasal dari India/Pakistan.



Tuscany, Italy





Selain kesenian yang bermutu tinggi dan keindahan pemandangan alam, Tuscany turut memiliki pantai dan pulau yang indah terutamanya di bahagian selatan. Beberapa pantai yang perlu dikunjungi di sana antara lain adalah Taman Nasional Uccelina, Albarese, Talamone, Monte Argentario, Laguna di Orbetello, dan Castiglion della Pescaia.Pulau-pulau di Tuscany juga menawarkan keindahan tropika yang unik. Tuscany merupakan tempat lahirnya kebudayaan Renaissance yang terkenal dengan warisan sejarah. Di daerah ini anda boleh melihat unsur seni bina Renaissance di banyak tempat.




Demikianlah Artikel 5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru

Sekianlah artikel 5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru dengan alamat link https://portalislam24jam.blogspot.com/2016/11/5-tempat-percutian-romantik-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: